Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Pengampunan’ akaun Twitter disekat bermula minggu depan

    WASHINGTON, 25 NOV – Pemilik Twitter, Elon Musk berkata semalam akaun yang disekat akan ditarik balik bermula minggu depan.

    Langkah itu diambil susulan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mengenai sama ada perlu memberikan ‘pengampunan’ kepada akaun yang disekat telah mendapat lebih 3.1 juta undi menyaksikan 72.4 peratus responden bersetuju manakala 27.6 peratus tidak bersetuju.  

    Musk telah memulihkan beberapa akaun yang sebelum ini disekat kerana melanggar peraturan Twitter termasuk akaun bekas Presiden Donald Trump, anggota kongres, Marjorie Taylor Greene dan Kanye West.

    Akaun Twitter Trump disekat kerana didakwa menghasut untuk melakukan keganasan semasa insiden  Capitol 6 pada Januari 2021 dan akaun Greene digantung selepas berulang kali berkongsi maklumat salah mengenai COVID  manakala West dikenakan tindakan kerana menciap kenyataan berunsur anti-Semitik, menurut agensi Anadolu. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 4 Oktober 2022 menunjukkan skrin telefon dengan gambar Elon Musk berlatarkan logo Twitter di Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...