Penganggur akur keputusan mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Seorang penganggur terpaksa akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan rayuannya untuk mendapatkan tempoh lanjutan denda atas kesalahan memiliki rokok dan minuman keras tanpa cukai.

Azman bin Haji Ismail sebelum ini dijatuhi hukuman denda $2,800.

Ketua Hakim, Dato Paduka Steven Chong menolak cadangan Azman untuk membayar ansuran $50 setiap bulan kerana ia akan mengambil tempoh melebihi empat tahun untuk habis.

Azman diperintahkan untuk membayar denda dalam tempoh yang diberikan atau berdepan hukuman dua bulan penjara.