Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penganggur terlibat kejadian curi

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Seorang penganggur warga tempatan berusia 21 tahun telah ditahan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana terlibat dengan kejadian curi di kawasan perumahan perpindahan Bukit Beruang, Daerah Tutong.

    Menurut kenyataan PPDB, penahanan suspek lelaki berkenaan dibuat susulan aduan yang diterima pada 3 Jun lalu yang memaklumkan pintu stor rumah pengadu telah diceroboh masuk dan beberapa barangan telah didapati hilang.

    Siasatan dijalankan sehingga 7 Jun lalu apabila maklumat diterima daripada orang awam berkaitan seorang lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan perumahan berkenaan dalam keadaan yang mencurigakan.

    Maklumat tersebut segera dikongsikan kepada pihak polis sehingga penahanan lelaki berkenaan (suspek) bagi menjalani siasatan.

    Hasil siasatan yang dijalankan, suspek dipercayai terlibat dengan kejadian curi ke atas sebuah rumah dan barang-barang bukti turut ditemukan bagi menyempurnakan kertas siasatan pihak polis.

    Berikutan dengan penemuan itu, suspek turut berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 380 dan 427 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan rosak barang.

    Di kesempatan ini, PPDB menyeru dan menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa mengongsikan sebarang maklumat mencurigakan ke talian kecemasan polis 993 bagi sebarang tindakan mengenainya.

    Antara barang bukti yang berjaya diambil oleh pihak berkuasa.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...