BUENOS AIRES, 18 Okt – Bruno Di Mauro, 28, menghabiskan hari-harinya dalam sebuah khemah di depan sebuah makmal di mana dia pernah bertugas, berharap satu hari nanti dia dapat meneruskan tugasnya dan mendapatkan kembali mata pencariannya.
“Ia memberikan tekanan. Kebanyakan kami keluar untuk mencari kerja tetapi tidak menemukan apa-apa,” kata bekas pekerja Roux-Ocefa, sebuah makmal pakar dalam pengha-silan perubatan dan serum.
Makmal tersebut ditutup pada 1 Oktober lalu selepas 83 tahun, mengakibatkan 420 orang pekerja tanpa sebarang pekerjaan.
“Buat masa sekarang apa yang paling penting adalah makan. Saya mempunyai rakan sejawatan yang terheret dalam tekanan, seorang meninggal dunia akibat tekanan ini, seorang lagi membunuh diri. Saya cuba untuk terus kekal bersemangat,” tambah Di Mauro, yang membentuk kerjasama pekerja dalam harapan untuk membuka semula makmal tersebut.
Kadar pengangguran Argentina meningkat kepada hampir 10 peratus pada suku kedua 2018, meningkat hampir dua peratus dari akhir tahun 2017.
Di kawasan metropolitan Buenos Aires, di mana suku dari 44 juta penduduk Argentina tinggal, jumlah tersebut adalah 12.4 peratus. – AFP