Pengangguran separa di Jerman dijangka lebihi krisis 2009

BERLIN, 9 APRIL – Hampir 650,000 perniagaan telah memohon bagi skim waktu bekerja dikurangkan setakat 6 April, jumlah rasmi yang ditunjukkan hari ini, dengan kerajaan menjangkakan kadar penyerapan melebihi paras yang disaksikan semasa krisis kewangan 2008-2009.

Jumlah terkini itu disiarkan oleh agensi buruh persekutuan Jerman (BA) menandakan penambahan 40 peratus dalam permohonan, meningkat dari 470,000 pada kiraan terakhir dua minggu lalu.

Presiden BA, Detlef Scheele berkata ia adalah mustahil untuk me-ngatakan secara tepat berapa ramai individu kakitangan akan ditempatkan dalam skim itu, namun berkata ia kelihatannya lebih 1.4 juta daripada semasa krisis kewangan. Kerajaan sendiri menjangkakan kadar penyerapan setinggi 2.1 juta orang setakat ini.

Dikenali sebagai ‘Kurzarbeit’, skim itu adalah alat penting dalam pelan Jerman untuk mengekalkan struktur pasaran buruh tetap utuh ketika ekonomi terhenti. – AFP