Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pengangkutan udara penting bagi pertumbuhan ekonomi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) telah menunjukkan pertumbuhan kemasukan dan perlepasan trafik udara yang sangat menggalakkan pada 2022.

    Merujuk kepada perangkaan trafik udara yang diterima bagi Januari hingga Oktober 2022, aktiviti penerbangan mencatatkan 4,732 pergerakan berbanding 2,135 pergerakan pada 2021 bagi tempoh yang sama.

    Manakala pergerakan penumpang juga telah merekodkan pertumbuhan yang sangat menggalakkan dengan jumlah 375,417 orang penumpang berbanding 36,107 orang pada tahun sebelumnya.

    Begitu juga dengan pengangkutan kargo yang telah mencatatkan 9,235 tan metrik pada 10 bulan pertama 2022 dengan kadar pertumbuhan meningkat sebanyak 16.3 peratus bersamaan 1,296 tan metrik dari tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama.

    Perangkaan itu dikongsi oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha (gambar) dalam perutusannya sempena Hari Penerbangan Awam Antarabangsa 2022.

    Terdahulu dalam perutusannya, beliau menyatakan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa disambut secara global pada setiap 7 Disember semenjak 1944 bagi memperingati penubuhan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

    Beliau menyatakan lagi bahawa tema sambutan bagi 2020 hingga 2023 ialah Memajukan Inovasi bagi Pembangunan Penerbangan Global.

    Beliau seterusnya menyatakan pengangkutan udara memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perkembangan sosial dan juga bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.

    “Pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan kerjasama pelbagai pihak secara bersepadu akan sentiasa memastikan dan mengutamakan tahap keselamatan yang terbaik demi kesejahteraan pengguna-pengguna lapangan terbang di samping meningkatkan tahap keyakinan orang ramai melalui projek-projek inovatif dan berteknologi, selaras dengan hala tuju ke arah mencapai visi negara pintar,” tekannya.

    Beliau seterusnya berkata ICAO bersama negara-negara anggota dan industri penerbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah pun bergiat aktif dalam mendukung pemulihan ekonomi sektor pengangkutan melalui inisiatif inovatif berikutan impak dan kesan penularan COVID global.

    Inovasi dalam penyediaan perkhidmatan, katanya, adalah antara pemangkin ke arah pemulihan dan pertumbuhan sektor berkenaan.

    “Sektor penerbangan negara juga tidak terlepas daripada perkara ini di mana LTAB telah mula menyaksikan peningkatan dalam permintaan ruang penerbangan kargo untuk import dan eksport berikutan penambahan operasi pengendali kargo udara di LTAB,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...