Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Penganjur LTdL22 umum senarai enam pasukan jelajah dunia

    KUALA LUMPUR, 2 SEPT – Penganjur Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL22), Human Voyage hari ini mengumumkan enam pasukan berstatus Jelajah Dunia yang akan menyertai perlumbaan jelajah berbasikal terulung di Asia itu yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 18 Okteber.

    Enam pasukan itu ialah UAE Team Emirates dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education-EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan dari Kazakhstan. Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL22 Shahaizereen Abdul Hamid berkata pihaknya sangat berbangga kerana dapat membawa masuk enam pasukan profesional terbaik dalam senarai Pasukan Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tahun ini, kerana mereka ingin menyajikan aksi berkualiti tinggi kepada peminat sukan berbasikal tempatan.

    “Lima daripada enam pasukan berkenaan akan membuat penampilan sulung dalam LTdL kerana Astana-Qazaqstan telah menyertai perlumbaan ini beberapa kali.

    “Penyertaan pasukan berkelas tinggi ini akan menjadikan edisi tahun ini antara penganjuran terbaik dari segi kualiti penyertaan pasukan terkemuka dunia yang akan mempersembahkan pertandingan berkelas dunia kepada peminat sukan berbasikal tempatan dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...