Penganjur penerbangan Sala dipenjara 18 bulan

CARDIFF, UNITED KINGDOM, 12 NOV – Ahli perniagaan yang menganjurkan penerbangan 2019 yang membunuh pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala dalam nahas di Selat Inggeris, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan hari ini kerana membahayakan keselamatan pesawat.

David Henderson, 67, disabitkan kesalahan oleh juri di Cardiff kerana membahayakan keselamatan pesawat atas kematian pemain penyerang berusia 28 tahun itu.

Dia juga akan menjalani hukuman tiga bulan pada masa yang sama kerana cuba melepaskan penumpang tanpa kebenaran yang sah.

Henderson mengakui kesalahan tersebut, yang biasanya melibatkan pengendali perniagaan yang gagal memperoleh lesen yang sesuai untuk menyewa pesawat secara komersial.

Pesawat berenjin tunggal, Piper Malibu yang membawa Salah terhempas ke dalam laut pada 21 Januari 2019, membunuhnya dan juruterbang, David Ibbotson, 59. – AFP