Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Penganjur pertahan peminat ‘palsu’

    DOHA, 16 NOV – Penganjur Piala Dunia kelmarin mempertahankan peminat India di Qatar yang telah dilabel sebagai ‘palsu’ kerana memakai jersi bola sepak negara-negara kuasa besar.

    Beribu-ribu penyokong, kebanyakannya datang dari India dan negara Asia Selatan, telah menyertai perarakan di Doha yang telah mencetuskan tanda tanya sama ada mereka telah dibayar untuk memakai baju Argentina, Brazil dan England dalam usaha untuk mempromosikan kejohanan itu.

    Peminat India berang dengan tuduhan itu, sambil menegaskan bahawa mereka bersemangat tentang sukan itu.

    Jawatankuasa Penganjur Qatar telah mencelah, dengan mengeluarkan kenyataan keras, menyokong sumbangan para peminat.

    “Pelbagai wartawan dan pengulas di media sosial telah mempersoalkan sama ada mereka adalah peminat sebenar.

    “Kami menolak sekeras-kerasnya tuduhan itu, yang mengecewakan dan tidak menghairankan. Qatar, dan seluruh dunia, terdiri daripada peminat bola sepak yang pelbagai, kebanyakan daripada mereka menyokong banyak negara.”

    Terdapat lebih daripada 750 ribu warga India dan 400 ribu warga Bangladesh di Qatar yang mempunyai 2.9 juta penduduk. – AFP

    Peminat bola sepak memegang sepanduk menjelang pertemuan persahabatan antara Argentina dan Emiriah Arab Barsatu (UAE), kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...