Penganjur Tiananmen Square HK ingkari polis

HONG KONG, 7 SEPT – Kumpulan prodemokrasi yang menganjurkan acara tahunan Tiananmen Square di Hong Kong mengingkari pihak berkuasa hari ini, apabila ia tidak mematuhi tarikh akhir polis untuk bekerjasama dalam siasatan ‘keselamatan negara’ berkaitan kegiatan mereka.

Kumpulan itu, dinamakan Perikatan Hong Kong, sudah tiga dekad menganjurkan acara peringatan mangsa tindakan keras Beijing di Tiananmen Square pada tahun 1989, kini berdepan siasatan di bawah undang-undang tegas keselamatan negara yang dikenakan China ke atas Hong Kong.

Ia bagi menghapuskan perbezaan pendapat selepas tunjuk perasaan demokrasi besar-besaran dan ganas tercetus sejak dua tahun lalu.

Bulan lalu, polis mengarahkan kumpulan itu menyerahkan maklumat kewangan dan operasi serta menuduh mereka bekerja sebagai ‘ejen asing’. – AFP