Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pengantin maut dilanggar pemandu mabuk

    FOLLY BEACH, 2 MEI – Seorang pengantin perempuan yang sedang meninggalkan majlis perkahwinannya maut apabila seorang wanita memandu dalam keadaan mabuk dan melebihi dua kali had laju merempuh belakang kereta golf di jalan pantai Carolina Selatan, kata pihak berkuasa.

    Data yang diperoleh daripada kereta sewa Jamie Lee Komoroski menunjukkan dia memandu 105 kilometer sejam (kmsj) dan hanya menekan brek sebelum dia melanggar kereta golf sekitar jam 10 malam pada Jumaat di Pantai Folly, kata penyiasat.

    Samantha Miller, 34, dari Charlotte, North Carolina, meninggal dunia dalam nahas itu, menurut Pejabat Koroner Charleston County.

    Tiga orang lain dalam kereta golf termasuk pengantin lelaki mengalami kecederaan. Gilreath berkata kereta golf itu mempunyai lampu dan dibenarkan untuk dipandu pada waktu malam.

    Ibu pengantin lelaki menubuhkan Halaman Go Fund Me untuk membayar pengebumian menantu perempuannya dan bil perubatan anaknya.

    Ia juga menyiarkan gambar pengantin lelaki Aric Hutchinson di hospital, di mana dia sedang pulih daripada kecederaan otak dan tulang patah selepas kereta golf itu berguling beberapa kali dan tercampak sejauh 91 meter.

    Komoroski, 25, didakwa membunuh dan tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan kematian. Dia berdepan hukuman penjara satu hingga 25 tahun untuk setiap pertuduhan. – AP

    Gambar serahan Pejabat Syerif Charleston County menunjukkan Jamie Lee Komoroski di Caroline Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...