Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pengarah urusan IMF puji tindakan iklim Rwanda

    KIGALI, 27 JAN – Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva memuji dasar dan pelaksanaan pembaharuan yang berterusan bagi menangani perubahan iklim oleh pihak berkepentingan di Rwanda, lapor Xinhua.

    “Saya kagum dengan kedinamikan dan kreativiti golongan belia Rwanda yang menyokong tindakan iklim dan pemuliharaan alam sekitar, dan usahawan menggunakan kepintaran mereka untuk membawa penyelesaian mesra iklim untuk hari yang mendatang,” katanya selepas bertukar-tukar pandangan dengan golongan belia, wanita, masyarakat sivil Rwanda, dan usahawan lestari di Kigali kelmarin.

    Disember lalu, Rwanda diumumkan sebagai negara pertama di Afrika yang memperoleh akses kepada pinjaman IMF bernilai AS$319 juta di bawah Kemudahan Daya Tahan dan Kelestarian, bagi menyokong agenda negara itu untuk membina persekitaran yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...