Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pengarang, lapan wartawan ditahan polis Uganda

    KAMPALA, 15 MAC – Pengarang dan aktivis Uganda, Norman Tumuhimbise adalah antara sembilan wartawan yang ditahan kerana komunikasi yang mengundang kegusaran, kata polis kelmarin, pengarang kedua yang ditahan sejak beberapa bulan kebelakangan.

    Tumuhimbise, pemimpin The Alternative Movement dan platform media dalam talian, Alternative Digitalk, akan melancarkan buku yang mengkritik Presiden Yoweri Museveni pada 30 Mac.

    Tumuhimbise dan rakannya dilaporkan dimasukkan ke dalam sebuah van oleh anggota keselamatan bersenjata Khamis lalu.

    “Polis menerima aduan kumpulan itu terlibat dalam komunikasi yang mengundang kegusaran dan mempromosikan kebencian,” kata jurucakap polis, Fred Enanga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...