Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Pengaruh Musk berkembang dengan pembelian Twitter

    NEW YORK, 3O OKT – Pertama, Elon Musk merevolusikan industri kereta, kemudian dia menceburi perjalanan angkasa lepas. Dengan menguasai Twitter, jutawan eksentrik itu kini mempunyai pengaruh yang hampir tidak ada batasan.

    Dalam menggunakan kekayaannya untuk meraih platform penting seperti itu, pakar berkata, dia juga telah membabitkan dirinya dalam perbualan politik global hari ini.

    “Dia bukan hanya menyatakan pandangan tentang alat komunikasi, dia kini memilikinya dan menetapkan dasar bagaimana alat itu akan digunakan,” Jeffrey Winters, pakar dalam elit dan oligarki di Northwestern University, memberitahu kepada AFP.

    Persoalannya sekarang adalah apa yang dia akan lakukan dengan kuasa itu, bermula dengan topik dalam fikiran semua orang. Sama ada Musk akan membenarkan bekas presiden AS Donald Trump kembali ke laman web tersebut atau tidak.

    Tanpa sesiapa untuk menjawab, Musk “akan mengubah suara politik yang akan dinyatakan melalui Twitter,” kata Winters.

    Menurut profesor itu, Musk mewakili oligarki tipikal – seseorang dengan kekayaan memberikan kuasa sosial dan politik yang tidak tersedia kepada rakyat biasa walaupun Musk tidak mempunyai sebarang kerajaan atau tentera di bawah kawalannya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan papan tanda Market Street ditunjukkan di hadapan ibu pejabat Twitter di San Francisco. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...