DUDUK dengan tenang di atas lantai dan mengenakan jubah berwarna oren, ketua kerohanian perkumpulan terbesar, penghuni Ashram di Risjikesh berasa girang bagaimana yoga telah berkembang di seluruh dunia setelah 50 tahun semenjak ‘The Beatles’ berkunjung buat pertama kali di bandar suci itu.
“Yoga sangat menakjubkan,” kata Swami Chidanand Saraswati di sebuah laman yang tenang di salah sebuah bandar yang terkenal dengan yoga. “Matahari adalah untuk kita semua, begitu juga bulan, justeru, yoga juga mempunyai tujuan yang sama untuk semua,” tambah lelaki tersebut kepada media.
Sambutan Hari Yoga Sedunia, yang diraikan pada hari Khamis lalu, telah dicadangkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi pada tahun 2014, kepada Perhimpunan Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diadaptasikan secara sebulat suara. Pada tahun ini, dianggarkan seramai 10,000 akan menyertai sambutan itu di seluruh dunia.
“Cuba bayangkan itu, Perdana Menteri ingin PBB bercakap mengenai manfaat dan kelebihan yoga. Hari ini, yoga ada di mana-mana,” kata Saraswati kepada AFP di bangunan Parmarth Niketan Ashram yang terletak berdekatan dengan Sungai Suci Ganges.
Manakala di kawasan pekan Rishikesh, di bawah kaki gunung Himalayas, 250 kilometer di Utara Delhi, merupakan pusat dunia yoga, yang mana telah berjaya menarik sekitar ribuan pengunjung antarabangsa setiap tahun berikutan dengan apa yang ditawarkan oleh Ashram dan sekolah-sekolah Yoga.


Perkara itu berikutan pembabitan sebilangan kecil syarikat pelancongan seperti ‘Fab Four’, yang telah datang ke Rishikesh untuk mencari pelindungan dari ‘beatlemania’, untuk meningkatkan sumber kerohanian sekali gus mengetahui lagi lebih dalam akan budaya masyarakat India.
Tinggal di asrama Ashram diselenggarakan oleh Magnetic Maharishi Mahesh Yogi, ia merupakan titik perubahan untuk satu kumpulan terkenal dunia, walaupun pemain drum, Ringo Starr, menghadapi masalah dengan makanan, diarah pulang selepas hanya mampu bertahan selama 10 hari.
“Mereka telah berjaya menghasilkan sebanyak 48 lagu di sini, kebanyakannya dimasukkan dalam album ‘White Album’, iaitu salah satu album paling laris di dunia,” kata Raju Gusain, seorang wartawan dan ketua yang bertanggungjawab dalam perjalanan kembara itu. “Lawatan itu telah berjaya merubah kumpulan Beatles,” tambahnya lagi.
Semua perkara biarkan berlalu
Ahli kumpulan terakhir meninggalkan bangunan itu selepas lapan minggu, sekarang, kawasan itu semakin terbiar dan suasana persekitarannya turut bertukar serta ditinggalkan sepenuhnya pada tahun 2001, walaupun terdapat beberapa usaha untuk menjaga kawasan itu seperti membina pagar bagi mengelakkan serangan harimau terhadap penduduk yang tinggal di kawasan rizab kejiranan.
Pada tahun 1968, kumpulan tersebut turut membantu menjadikan pekan itu sebagai pusat yoga sehingga kini, begitu juga terhadap lokasi-lokasi yang dianggap suci. Kebanyakan kawasan seperti di Barat India, sangat terkenal dengan yoga dan meditasi.
Atta Kurzmann, yang berusia 68 tahun, penduduk Amerika Syarikat telah berkunjung ke Rishikesh, merupakan peminat terbesar kumpulan Beatles, telah menghadiri konsert kumpulan itu di Stadium Shea di New York pada tahun 1965 dan sekarang telah menjadi guru yoga, masih menjadikan kumpulan itu sebagai inspirasinya sehingga kini.

“Salah satu sebab kenapa saya mengikuti dunia rohani budaya India disebabkan oleh George Harrison dan setelah mengetahui mereka pernah datang ke Rishikesh dan berminat untuk mendalami lagi kebudayaan itu serta tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti dadah,” katanya kepada AFP.
“Itulah sebab saya datang ke India, ketika saya berusia 20 tahun ketika itu,” tambahnya lagi kepada media.
Pada hari ini, Rishikesh telah berjaya menarik sekitar 70 hingga 80,000 pelancong antarabangsa setiap tahun, begitu juga penduduk tempatan yang ingin mandi-manda di sungai suci itu dan melakukan aktiviti riadah seperti water rafting serta menghadiri festival atau melawat lokasi hebat sekali gus menghindari diri dari kesibukan dan pencemaran New Delhi.
‘Saya sangat tertekan’
Lari daripada kepadatan orang ramai di Anand Prakash Yoga Ashram, kebanyakan penduduk tempatan dan pelancong membayar sekitar 1,050 rupees (AS$15,40) semalam dan berkongsi bilik, malah makanan vegetarian turut disediakan.
Salah seorang daripada mereka, pelancong dari Mexico, Pablo Rueda, membuat keputusan untuk berada di kawasan itu selama seminggu selepas sahaja kehilangan kerjanya di Kanada.
“Saya sangat tertekan dan berfikir apakah yang akan terjadi terhadap kehidupan saya selepas ini,” katanya kepada AFP.
“Saya mahu melakukan yoga dan meditasi, di mana kedua-keduanya sangat saya minati,” tambahnya lagi kepada media.
“Ia merupakan satu perjalanan yang sukar, saya mesti bangun seawal jam 5 pagi kemudian melakukan meditasi selama setengah jam, 90 minit melakukan yoga di atas bumbung, sebaik sahaja matahari bersinar, satu upacara kerohanian turut dijalankan sebelum menikmati hidangan sarapan pagi,” tambah Pablo lagi kepada media.
“Manakala, selebihnya adalah aktiviti bebas sama ada untuk melakukan meditasi, membaca, bersembang, lawatan dan sebagainya. Yoga disambung semula pada jam 6 petang, makan malam dan tidur awal. Kemudahan seperti Wifi turut disediakan, lantaran itu, memberikan saya satu ruang untuk berkongsi gambar dan suasana di media sosial,” jelas Pablo lagi. – AFP

































