Pengasas Karate dipilih Warisan Manusia Hidup

TEHRAN, 24 DIS – Ahli karate dan pemimpin pertama Persekutuan Karate Iran era pasca-Revolusi Mohammad Baqer Aqamiri merangkap dan Ketua Jawatankuasa Teknikal Persekutuan diiktiraf sebagai Warisan Manusia Hidup (Living Human Treasure) oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan, dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Aqamiri adalah pengasas Karate Wado di Iran, iaitu satu daripada empat gaya utama dalam Karate, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Sementara untuk seni miniatur yang melibatkan Iran, Turki, Azerbaijan dan Uzbekistan didaftarkan sebagai Warisan Tidak Ketara ke-15 Iran di UNESCO semasa mesyuarat Jawatankuasa Warisan Tidak Ketara Dunia UNESCO ke-15. – Bernama