Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pengasas kripto dikehendaki: Saya tak lari

    SINGAPURA, 18 SEPT – Pengasas wang kripto Terra dari Korea Selatan, Do Kwon yang dikehendaki, hari ini menafikan dia dalam pelarian selepas polis Singapura mengatakan dia tidak berada di negara itu seperti yang dikatakan.

    Keberadaan Kwon telah dipersoalkan selepas kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) lewat Sabtu, dan tweetnya tidak mendedahkan di mana dia berada.

    Kegagalan Terraform Labs awal tahun ini telah melenyapkan kira-kira AS$40 bilion wang pelabur.

    Mahkamah Korea Selatan pada Rabu lalu mengeluarkan waran tangkap untuk Kwon.

    Awal hari ini, dalam Twitternya dia menyatakan: “Saya ‘tidak dalam pelarian’ atau apa-apa yang serupa”, tetapi tidak mendedahkan di mana dia berada.

    “Bagi mana-mana agensi yang menunjukkan minat untuk berkomunikasi, kami sedia bekerjasama sepenuhnya dan kami tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” tambahnya.

    “Kami dalam proses memperta-hankan diri kami dalam pelbagai bidang kuasa… dan berharap untuk menjelaskan kebenaran dalam beberapa bulan akan datang.”

    Lelaki berusia 31 tahun itu sebelum ini dipercayai berada di Singapura, di mana bulan lalu dia memberikan temu bual media pertamanya sejak pengendali kripto bankrap itu pada Mei.

    Lewat Sabtu, SPF memberi respons pada e-mel pertanyaan AFP yang ‘Do Kwon kini tiada di Singapura’.

    “SPF akan membantu Agensi Polis Kebangsaan Korea (KNPA) dalam lingkungan perundangan domestik dan kewajipan antarabangsa kami,” menurut kenyataan ringkas itu, yang tidak memberi butiran lanjut.

    Akhbar Straits Times Singapura telah melaporkan permit kerja Kwon di negara itu akan tamat pada 7 Disember, tetapi permohonannya untuk pembaharuan mungkin berisiko sekarang.

    Pendakwa raya Korea Selatan juga telah mengeluarkan waran tangkap untuk lima individu yang lain juga dikaitkan dengan stablecoin TerraUSD dan token Luna.

    Sistem Terra/Luna Kwon musnah pada Mei lalu, dengan harga kedua-dua token menjunam hampir sifar dan kejatuhan melanda pasaran luas kripto. Keruntuhannya mencetuskan kerugian lebih daripada AS$500 bilion. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...