Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    ‘Pengasingan diri ditiadakan bermula esok’

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 28 FEB – New Zealand telah menamatkan syarat yang meminta para pengunjung yang tiba untuk mengasingkan diri mereka ketika ia terus membatalkan sekatan sempadan koronavirus ekoran penularan domestik yang semakin bertambah.

    Perdana Menteri Jacinda Ardern hari ini berkata syarat yang menghendaki pengunjung sudah bervaksin untuk mengasingkan diri selama seminggu selepas tiba di negara itu akan ditamatkan pada Rabu ini.

    Pada awalnya perubahan itu hanya tertakluk bagi warga New Zealand yang pulang, sementara pelancong belum lagi dibenarkan untuk melawat.

    Para pengunjung masih diperlukan menjalani ujian negatif sebelum berlepas dan selepas tiba.

    “Saya tahu ini akan menjadi berita baik kepada anggota pasukan kita di luar negara, yang teruja untuk pulang menemui orang tersayang secepat mungkin. Kami tidak sabar untuk menemui awda,” kata Ardern.

    Perubahan itu disambut baik oleh industri pelancongan, walaupun para pemimpin mahu kepastian bila pelancong boleh pulang.

    Ardern berkata hari ini kabinetnya mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan kepada pelancong lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan pada Julai bagi warga Australia dan Oktober dari mana-mana negara lain di dunia. – AP

    Dua wanita berpelukan selepas seorang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland pada 26 Februari. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...