Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pengasingan wajib COVID tak perlu lagi

    ANKARA, 2 OKT – Australia pada Jumaat mengumumkan negara itu akan menamatkan keperluan pengasingan mandatori COVID pada 14 Oktober.

    Perdana Menteri Anthony Albanese membuat pengumuman itu selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan rasmi.

    “Para menteri bersetuju untuk menamatkan keperluan isolasi mandatori untuk COVID yang berkuat kuasa 14 Oktober, dengan setiap pihak akan membuat perubahan terhadap perundangan kesihatan awam yang berkaitan,” kata pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

    Kabinet juga bersetuju untuk menamatkan Bayaran Cuti Bencana Pandemik pada tarikh yang sama.

    Bagaimanapun, bantuan kewangan akan terus disediakan kepada pekerja kasual di pusat penjagaan warga emas, penjagaan orang kurang upaya, penjagaan kesihatan Orang Asli dan penjagaan hospital.

    Pada sidang akhbar di ibu negara Canberra, Ketua Pegawai Perubatan Paul Kelly, berkata wabak itu belum berakhir dan peningkatan jangkitan virus itu di masa depan, seperti berlaku di Australia awal tahun ini, mungkin berlaku.

    “Kami berada dalam fasa penularan wabak komuniti yang sangat rendah di Australia,” katanya, sambil menambah bahawa ini sama sekali tidak membayangkan bahawa wabak itu telah berakhir.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...