Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Pengasuh nekad redah asap tebal dukung anak damit selamatkan diri

    KUALA LUMPUR, 6 NOV – Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung anak damit lelaki berusia tiga bulan bagi  menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini. 

    Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama anak damit yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas. 

    “Ketika itu, anak damit sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan. 

    “Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan anak damit yang saya asuh sejak tiga bulan lepas. Ketika kejadian, ibu bapa anak damit itu sedang bekerja,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

    Robiah masih trauma namun bersyukur kerana bertindak pantas menyelamatkan dirinya dan anak damit itu.

    Abdul Rahman Maarif, 65, pula berkata rumah miliknya di premis itu menempatkan sembilan pekerja beliau yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran. 

    Beliau mendakwa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas susulan keadaan rumah yang sudah berusia 60 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...