Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengawal kedutaan Qatar terbunuh dalam pergaduhan

    PARIS, 23 MEI – Seorang pengawal keselamatan yang bekerja untuk kedutaan Qatar di Paris terbunuh hari ini selepas bertengkar dengan seorang lelaki di depan bangunan kedutaan, kata pendakwa Perancis.

    Pergaduhan berlaku sejurus sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan di depan kedutaan yang terletak di daerah ke-8 di tengah Paris, beritahu sumber yang biasa dengan kes itu kepada AFP.

    “Keadaan yang menyelubungi kematian pengawal keselamatan masih perlu disiasat,” kata pendakwa, menambah penggunaan senjata masih belum disahkan.

    Lelaki yang terlibat dalam pertengkaran itu telah ditahan dan polis Paris telah membuka siasatan atas pertuduhan membunuh itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...