Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pengawal pantai Itali selamatkan pendatang

    ROM, 3 JAN – Sebuah badan amal yang memantau perahu pendatang di Mediterranean Tengah kelmarin berkata pengawal pantai Itali telah menyelamatkan kira-kira 50 orang selepas berulang-ulang kali merayu untuk mendapatkan bantuan.

    Alarm Phone, talian hotline yang digunakan oleh pendatang yang sedang berada dalam kesusahan, menulis di Twitter, “Lega untuk mengesahkan bahawa pihak pengawal pantai Itali telah menyelamatkan para pendatang, yang mula meminta pertolongan pada Ahad.”

    Tiada maklumat lanjut mengenai mereka yang telah diselamatkan.

    Doktor Tanpa Sempadan (MSF), baru-baru ini berkata mereka telah dimaklumkan oleh Alarm Phone mengenai sebuah perahu dengan 45 orang yang sedang berada dalam kesusahan. – AFP

    MSF berkata mereka akan menghulurkan bantuan menggunakan kapal penyelamat kebajikan, Geo Barents sekiranya melintasi perahu berkenaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...