Pengawal selia cadang ubahsuai enjin Boeing 777

NEW YORK, 23 DIS – Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mencadangkan pengubahsuaian dan pemeriksaan keselamatan ke atas beberapa model jet Boeing 777, susulan beberapa insiden melibatkan enjin.

Kejadian terbaharu dan dramatik melibatkan sebuah enjin pesawat United Airlines 777 yang terbakar sejurus berlepas pada Februari, menggugurkan serpihan terbakar di sub bandar Denver.

Tidak ada yang cedera namun ia menyebabkan puluhan pesawat 777 yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney dilucutkan daripada perkhidmatan seluruh dunia.

Pentadbiran Penerbangan Perse-kutuan AS telah mengarahkan pemeriksaan ke atas semua enjin serupa sebelum mana-mana model itu diterbangkan.

Kelmarin, ia berkata model-model 777 ini memerlukan modifikasi bagi keselamatan. – AFP

Gambar yang diambil di AS pada 22 Februari menunjukkan enjin Boeing 777-200 pesawat United Airline 328 yang rosak. – Xinhua