Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pengawal selia sasar AI untuk lindungi pengguna dan pekerja

    NEW YORK, 26 MEI – Memandangkan kebimbangan semakin meningkat mengenai sistem kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkuasa seperti ChatGPT, badan pemerhati kewangan AS berkata ia sedang berusaha untuk memastikan syarikat mematuhi undang-undang apabila mereka menggunakan AI.

    Sudah lama sistem automatik dan algoritma membantu menentukan penarafan kredit, syarat pinjaman, yuran akaun bank dan aspek lain dalam kehidupan kewangan kita. AI juga mempengaruhi proses pengambilan pekerja, perumahan dan keadaan bekerja.

    Ben Winters, Penasihat Kanan untuk Pusat Maklumat Privasi Elektronik, berkata kenyataan bersama mengenai penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh agensi persekutuan bulan lepas merupakan langkah pertama yang positif.

    “Terdapat cerita yang mengatakan bahawa AI tidak dikawal selia sepenuhnya, tetapi sebenarnya ia tidak sepenuhnya benar,” katanya. Mereka berkata, ‘hanya kerana awda menggunakan AI untuk membuat keputusan, itu tidak bermakna awda terkecuali daripada tanggungjawab mengenai impak keputusan tersebut. Ini adalah pendapat kami mengenai perkara ini. Kami sedang mengawasi’. – AP

    Gambar fail bertarikh 4 Mei 2023 menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai (kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman tiba ke Rumah Putih untuk pertemuan dengan Naib Presiden, Kamala Harris mengenai AI, di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...