Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pengebom Bali dipenjara 15 tahun

    JAKARTA, 19 JAN – Sebuah mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, berhubung peranannya dalam pengeboman di pulau peranginan Bali yang mengorbankan 202 orang pada tahun 2002.

    Letupan itu yang berlaku lebih setahun selepas serangan 11 September ke atas Amerika Syarikat, meledakkan dua kelab yang dipenuhi pelancong asing dan kekal menjadi serangan militan paling maut dalam sejarah Indonesia.

    Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Timur, mendapati Zulkarnaen, iaitu anggota berpangkat tinggi kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI), bersalah melakukan keganasan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

    Zulkarnaen berusia 58 tahun dengan nama sebenarnya sebagai Arif Sunarso telah ditahan pada Disember 2020, selepas hampir dua dekad hidup bebas turut dibicarakan dalam beberapa kes serangan lain, dilakukan unit khas yang menerima arahannya.

    Pendakwa Raya Indonesia, berkata Zulkarnaen menubuhkan sel khas JI dan menyifatkannya sebagai ‘aset penting’ bagi kumpulan itu kerana pengalamannya sebagai jurulatih di kem militan di Afghanistan dan Filipina.

    Semasa perbicaraannya, Zulkarnaen menafikan terbabit dalam pengeboman Bali, tetapi mengaku ia dilakukan oleh pasukannya.

    Dia memberitahu mahkamah, operasi JI tidak memberitahunya mengenai serangan itu terlebih dahulu dan dia tidak terbabit dalam perancangan khusus.

    Namun, hakim tidak yakin dan menyatakan; “Hakikat sebenarnya Zulkarnaen ialah ketua pasukan dan ia boleh dianggap sebagai bersetuju dengan rancangan terbabit.” – AFP

    Anggota polis berdiri mengawal di bilik mahkamah semasa perbicaraan Zulkarnaen. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...