SAMARRA, Iraq, 9 Mac – Dua pengebom berani mati menyerang satu perayaan menjelang malam majlis perkahwinan di utara Baghdad, membunuh 26 orang, kata pegawai polis dan doktor hari ini. Pengeboman di kawasan Al-Hajaj, utara bandar Tikrit, juga mencederakan 25 orang, menurut sumber.
“Seorang telah meletupkan dirinya pada jam 8:30 malam (1730 GMT Rabu) di tengah-tengah tetamu yang sedang menari semasa perayaan itu,” sementara serangan kedua menyusul beberapa minit kemudian, kata leftenan kolonel polis.
Kedua-dua pengebom meletupkan tali pinggang yang dipasang bom, kata pegawai.
Seorang doktor di sebuah hospital tempatan mengesahkan jumlah tersebut.
Tidak ada yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu, namun kumpulan jihad Islamic State (IS) sering melakukan pengeboman yang menyasarkan orang awam dan anggota pasukan keselamatan di Iraq. – AFP