LAGOS, 15 Mac – Empat pengebom nekad yang kesemuanya wanita telah meletupkan diri mereka berhampiran stesen bas di timur laut Nigeria awal hari ini, membunuh dua orang, kata agensi bencana negara itu.
Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) berkata letupan itu berlaku kira-kira jam 1:15 pagi (0015 GMT) di kawasan Usmanti pinggir Maiduguri, sebuah bandar yang telah dilanda oleh beberapa serangan serupa dalam masa minggu kebelakangan.
“Dua lelaki terbunuh akibat letupan itu sementara kira-kira 16 mangsa cedera telah dirawat,” kata jurucakap agensi bagi timur laut, Ibrahim Abdulkadir, dalam satu kenyataan.
Usmanti terletak berhampiran kem-kem berselerak yang menempatkan penduduk yang lari dari kawasan desa akibat keganasan Boko Haram, dan, sangat memerlukan makanan. – AFP