Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeboman nekad ragut 5 nyawa di Pakistan

    PESHAWAR, Pakistan, 15 Feb – Seorang pengebom berani mati yang menyasarkan ibu pejabat pentadbiran kawasan puak di barat laut Pakistan hari ini, membunuh tiga anggota polis dan dua pejalan kaki, kata pegawai.

    Letupan itu berlaku pada pintu utama ibu pejabat puak di Ghalanai di kawasan suku Mohmand, tatkala ketika waktu bekerja bermula, berkata Hameedullah Khan, seorang pegawai kerajaan tempatan.

    Tiada siapa yang segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

    Khan, yang bekerja di sebuah pejabat yang terletak di dalam kawasan itu, berkata kawasan itu berhampiran dengan tempat kediaman, pejabat dan kemudahan latihan bagi pentadbiran dan pekerja polis tempatan.

    Beratus-ratus penduduk tempatan datang setiap hari bagi menjalankan perniagaan ke ibu pejabat puak, terletak 45 kilometer (28 batu) di luar Peshawar, ibu kota wilayah.

    Doktor merawat seorang pegawai keselamatan yang cedera di sebuah hospital di Peshawar, Pakistan, kelmarin. – AP
    Doktor merawat seorang pegawai keselamatan yang cedera di sebuah hospital di Peshawar, Pakistan, kelmarin. – AP

    Pengeboman itu diikuti dengan bunyi tembakan, kata Khan. Tentera Pakistan berkata pengebom diiringi oleh militan lain, yang cuba untuk menyekat jalan ke dalam kompaun selepas letupan belaku tetapi pengawal keselamatan melepaskan tembakan dan membunuhnya.

    Kenyataan tentera berkata tahap berjaga-jaga ditingkatkan lebih tinggi antara pasukan keselamatan tempatan berikutan risikan yang bakal penyerang telah menyusup ke kawasan itu dari negara jiran Afghanistan.

    Serangan Rabu lalu, dan satu lagi pengeboman berani mati yang membunuh 13 di bandar Pakistan timur Lahore pada hari Isnin, mencerminkan peningkatan dalam serangan militan selepas hampir reda tiga bulan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda