Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pengebumian wira buat Ramos

    MANILA, 9 OGOS – Bekas presiden Filipina, Fidel Ramos, seorang tentera dan dianggap sebagai salah seorang pemimpin paling cekap, dikebumikan di Makam Wira Kebangsaan hari ini dalam acara pengebumian negara yang sugul.

    Helikopter tentera terbang rendah menggugurkan bunga ketika wagon membawa keranda dibaluti bendera kebangsaan yang mengandungi kendi abu mayatnya bergerak perlahan ke kawasan makam, yang dibarisi dengan makam-makam tentera bersalib dikebumikan di tanah perkuburan itu.

    Presiden Ferdinand Marcos Jr menyertai bekas balu pemimpin itu dan sanak saudaranya ketika kendi perak dengan abu bekas pemimpin itu diturunkan ke liang lahad selepas perarakan tentera dan 21 das tembakan kehormatan dilepaskan.

    Ramos meninggal dunia hujung bulan lalu pada usia 94 tahun. Punca kematiannya bagaimanapun tidak dinyatakan.

    Dikenali sebagai ‘Steady Eddie’ kerana sikap tenangnya semasa detik-detik pergolakan biasa di negara itu, beliau sering dirakam lensa kamera semasa sedang mengunyah cerut yang tidak menyala ketika memimpin Filipina dengan prestasi baik dan yakin dari tahun 1992 hingga 1998.

    Balunya, Amelita Ramos berterima kasih kepada rakyat Filipina semasa berucap ringkas pada majlis pengebumian itu, mengatakan tentera sepertinya menjalani ‘kehidupan sukar.’

    Seorang graduan akademi tentera berprestij, West Point di Amerika Syarikat, Ramos juga menyelia perang terhadap gerila komunis di tanah air.

    Sebagai presiden, beliau menyelesaikan krisis kuasa yang melumpuhkan akibat bertahun-tahun kurangnya pelaburan dalam tenaga dan memecahkan kartel dalam telekomunikasi, aviasi dan perkapalan – mempertingkatkan ekonomi nazak yang meraih hasil dalam satu tempoh pertumbuhan ekonomi baharu.

    Beliau juga menandatangani perjanjian damai dengan pemisah Muslim dan kumpulan berkomplot rampasan kuasa tentera, namun gerila komunis menolak pendekatannya. – AFP

    Keranda membawa kendi abu mayat bekas presiden Filipina, Fidel Ramos berarak ke Makam Wira Kebangsaan semasa majlis pengebumian negara di Taguig, metro Manila, 9 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...