Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Pengecasan destinasi Porsche ketiga dilancar

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Dalam usaha memajukan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) Brunei dan bagi meraikan Hari EV Sedunia, Porsche Brunei yang dikendalikan oleh QAF Prestige Sdn Bhd bekerjasama dengan Bank Standard Chartered (StanChart) untuk melancarkan Pengecasan Destinasi Porsche ketiga di negara ini yang terletak di Ibu Pejabat Bank StanChart, Gadong pada 9 September lalu.

    Pelancaran destinasi pengecasan berkenaan telah disempurnakan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim; Pengurus Besar QAF Prestige, Lahiru De Silva serta Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities (SCS) dan Ketua Perbankan Perniagaan dan Peribadi Pengguna, StanChart Brunei, Brenda Low.

    Kolaborasi itu merupakan satu langkah ke hadapan yang signifikan dalam perjalanan negara menuju ke arah kemampanan dan kebolehgerakan elektrik (electromobility) yang bertanggungjawab.

    Pada malam 9 September berkenaan, Porsche Brunei juga menghoskan Sambutan Hari EV Sedunia di mana ia dihadiri oleh Ketua Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Awang Ahmad Zaiemaddien bin Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi selaku tetamu kehormat majlis.

    Majlis berkenaan juga dihadiri oleh pelanggan-pelanggan Porsche serta klien Priority Banking StanChart Brunei.

    Pengiran Aki Ismasufian dan Lahiru De Silva bergambar semasa pelancaran Pengecasan Destinasi Porsche ketiga bertempat di Ibu Pejabat Bank StanChart, Gadong baru-baru ini. – Gambar serahan Porsche Brunei
    Awang Ahmad Zaiemaddien, Pengiran Aki Ismasufian, Lahiru De Silva dan Brenda Low pada majlis Sambutan Hari EV Sedunia. – Gambar serahan Porsche Brunei

    Semasa majlis itu, bank berkenaan telah memperkenalkan inisiatif pembiayaan hijau baharu bersama pelancaran tapak Pengecasan Destinasi Porsche.

    Tawaran pembiayaan hijau bagi EV berkenaan merupakan yang pertama sepertinya di Brunei di mana inisiatif berkenaan adalah selaras dengan komitmen negara ke arah mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai sasaran carbon neutrality menjelang 2050.

    Kolaborasi itu juga merupakan satu mercu tanda penting bagi pasaran EV di negara ini untuk membantu mempromosikan lebih banyak minat kepada kenderaan yang peka alam sekitar seperti EV.

    Pengecasan Destinasi Porsche telah cepat menjadi komponen penting kepada pendekatan holistik Porsche untuk menjana sebuah ekosistem pengecasan meluas bagi pemilik-pemilik EV di seluruh negara.

    Stesen Pengecasan Destinasi Porsche adalah bagi kegunaan semua pemandu Porsche BEV secara percuma.

    Lahiru De Silva dipetik menyatakan bahawa kerjasama itu merupakan bukti kepada dedikasi mereka bersama untuk mengembangkan lagi kebolehgerakan elektrik di Brunei.

    Beliau juga mengetengahkan kolaborasi berkenaan telah membawa kepada pengenalan pelan pembiayaan hijau pertama di Brunei bagi kenderaan elektrik yang memberikan penggemar Prosche peluang unik untuk mengalami sendiri kenderaan sport elektrik pertama, Porsche Taycan.

    Manakala itu, Brenda Low menyatakan bahawa pihaknya amat teruja untuk bekerjasama dengan Porsche dalam inisiatif mampan serta pada masa yang sama, meraikan ulang tahun ke-65 mereka pada 2023.

    Melalui pelbagai inisiatif, tambahnya, mereka yakin mampu menerajui komitmen menjadi bank yang paling mampan dan bertanggungjawab di dunia dengan menanamkan nilai-nilai mereka di dalam semua aspek kerja bagi kebaikan semua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...