Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengecualian kesihatan Djokovic bangkit kemarahan

    MELBOURNE, 5 JAN – Warga Australia hari ini meluahkan rasa berang selepas pemain nombor satu, Novak Djokovic diberikan pengecualian daripada menerima vaksin COVID-19 bagi membolehkan pemain itu beraksi di Terbuka Australia bulan ini.

    Ketua Kejuaraan, Craig Tiley, berkata juara bertahan itu tidak diberikan ‘layanan istimewa’ tetapi telah menggesa pihak Serbia untuk mendedahkan alasan mengapa dia dikecualikan untuk meredakan kemarahan umum.

    Semua peserta di Grand Slam pertama tahun 2022, yang akan bermula pada 17 Januari ini, mesti di vaksinasi untuk membendung COVID-19 atau mempunyai pengecualian dalam perubatan, yang mana telah diberikan selepas ujian oleh dua orang panel yang pakar.

    Juara sembilan kali Terbuka Australia mengumumkan lewat kelmarin bahawa dia dalam perjalanan ke Melbourne dengan “kebenaran pengecualian”, akhirnya menamatkan isu yang berlarutan sama ada dia akan mempertahankan gelarannya.

    Tetapi Stephen Parnis, bekas naib presiden Persatuan Kesihatan Australia, berkata ia akan menghantar “mesej yang mengejutkan” kepada semua orang dalam mencuba untuk menghentikan penularan COVID-19.

    “Saya tidak peduli seberapa bagus pemain tenis tersebut. Jika dia menolak untuk menerima vaksinasi, dia tidak akan dibenarkan masuk,” kata Parnis dalam laman Twitternya.

    Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata bahawa jika alasan-alasan yang menyebabkan pengecualian Djokovic ‘tidak mencukupi’ barulah pemain Serbia itu dipaksa untuk membuat penerbangan balik.

    “Kami menunggu pembentangannya dan bukti yang dia berikan kepada kami untuk menyokong pengecualiannya,” kata Morrison dalam sidang akhbar.

    “Jika bukti tidak mencukupi, kemudian tidak akan dilayan tanpa pengecualian daripada orang lain dan akan berada dalam penerbangan balik. Tidak seharusnya ada layanan istimewa untuk Djokovic sama sekali. Tiada apa-apa pun.” – AFP

    Warga Australia meluahkan kemarahan selepas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic diberikan pengecualian perubatan daripada mendapatkan vaksin COVID-19 untuk beraksi di Terbuka Australia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...