Pengedar dadah dihadapkan ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah untuk tujuan mengedar.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Daruan bin Herman, yang menghadapi tuduhan memiliki 11.6323 gram methamphetamine.

Dia didakwa memiliki dadah itu dalam sebuah bilik di Kampung Junjongan Limau Manis pada 5 April 2014 sekitar jam 12 tengah malam.

Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan lima sebatan, maksimum 20 tahun dan 15 sebatan.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin dan menetapkan 19 Januari untuk sebutan semula.