Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengehadan tenaga dilanjutkan akibat kemarau

    BEIJING, 22 OGOS – Kebakaran belukar telah memaksa lebih 1,500 orang dipindahkan di barat daya China dan pengehadan kuasa untuk kilang-kilang dilaporkan telah dilanjutkan selepas merekodkan cuaca panas dan kemarau di wilayah itu.

    Beberapa buah gedung membeli-belah di bandar mega Chongqing diarah untuk ditu-tup hampir sepanjang hari bagi mengurangkan permintaan elektrik, menurut badan penyiar kerajaan, CCTV, mengehadkan waktu operasi dari pukul 4 hingga 9 malam.

    Kemarau dan cuaca panas telah menyebabkan tanaman mati dan sungai-sungai menjadi kering termasuk di sungai terbesar China, Yangtze, menjejaskan pengangkutan kargo dan mengurangkan bekalan tenaga daripada empangan hidroelektrik pada masa permintaan meningkat untuk penyaman udara.

    Media kerajaan berkata kerajaan akan cuba melindungi tuaian bijirin musim luruh, iaitu 75 peratus daripada jumlah tahunan China, dengan menggunakan bahan kimia untuk menjana hujan.- AP

    Gang Bingdong berdiri di lembangan empangan berhampiran ladangnya yang kering kontang akibat kemarau dan cuaca panas di bandar Chongqing, China, 22 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...