Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pengekod CIA bocor maklumat didapati bersalah

    NEW YORK, 14 JULAI – Bekas seorang pengaturcara CIA didapati bersalah di mahkamah persekutuan New York kelmarin atas kesalahan membocorkan alat penggodaman paling berharga bagi agensi pengintip Amerika Syarikat (AS) pada 2017 kepada WikiLeaks, dua tahun selepas perbicaraan awalnya mengalami kesilapan.

    Joshua Schulte, 33, bekerja untuk unit penggodaman elit CIA apabila dia secara diam-diam menggunakan alat Vault 7 yang digunakannya untuk menceroboh sistem komputer dan teknologi yang disasarkannya, kemudian dia berhenti kerja dan menghantar apa yang diperolehnya kepada kumpulan anti-kerahsiaan.

    Vault 7 mempunyai koleksi perisian, virus, trojan dan ‘hari sifar’, dan setelah berjaya dibocorkan, ia bersedia untuk digunakan oleh kumpulan perisikan asing, penggodam dan peras ugut siber di seluruh dunia.

    Pendakwa raya berkata Schulte adalah seorang pekerja yang geram dengan syarikat itu sehingga ia membocorkan sebanyak 8,761 dokumen untuk menjejaskan agensi itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...