Pengeksport koko optimis takluki pasaran China

ACCRA – Ketika China mula berkembang menjadi sebuah destinasi eksport yang besar buat negara-negara Afrika, beberapa pengeluar tempatan telah mula melihat potensi yang menunggu para usahawan Afrika untuk melabur dalam pengeluaran barang-barang yang bermutu tinggi ke pasaran China.

Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) yang pertama kali diadakan di Shanghai pada bulan November 2018, sebagai contoh, terbukti menjadi batu loncatan besar bagi Niche Cocoa, sebuah syarikat pemprosesan koko milik Ghana, ke pasaran besar China.

“Pameran itu sangat penting bagi kami, sebagai perniagaan dan untuk Ghana, dari segi pasaran produk koko.

“Jelas sekali, ia mendedahkan kepada kami terhadap potensi ramai pelanggan dan peluang yang besar,” kata Pengurus Kawalan Mutu, Francis Kangah kepada media Xinhua.

Pada mulanya, dia berkata bahawa syarikat itu telah mengeksport sebahagian besar kek koko ke China akan tetapi sejak penyertaannya ke CIIE pada tahun 2018, menambah produk siap seperti konfeksi terhadap eksportnya ke China.

Niche Cocoa berharap peningkatan permintaan China akan berterusan dan syarikat itu kini dalam proses mengembangluaskan lagi operasinya dengan menambah pekerja dan membesarkan lagi kilangnya. – Xinhua

Pemproses koko asli yang memulakan perniagaan pada Mei 2011 dengan kapasiti 15,000 tan metrik setahun itu, menyaksikan peningkatan hasil kepada 50,000 metrik tan beberapa tahun kebelakangan ini atas permintaan yang tinggi.

“Satu perkara penting yang harus kita lihat selepas pameran ialah permintaan yang besar bagi serbuk koko semula jadi dan serbuk koko yang beralkali,” kata Kangah.

Dia menambah bahawa pelanggan, terutamanya dari China, telah mengetuk pintu kami dan bertanya mengenai serbuk koko beralkali, yang saya penuh yakin boleh mengatakan ia hasil daripada penyertaan kami dalam CIIE pada tahun 2018.

Dengan permintaan yang semakin tinggi, turut terdapat keperluan bagi meningkatkan keupayaan untuk memenuhi pasaran yang semakin besar.

Kapasiti pengeluaran 30,000 metrik tan baharu akan disalurkan sebelum akhir tahun 2019 bagi serbuk koko beralkali, dengan kapasiti keseluruhan kepada 90,000 metrik tan, yang terbesar di Ghana, kata pengurus kawalan mutu.

Niche Cocoa telah mendapat sokongan daripada institutsi kewangan antarabangsa, terutamanya FMO, sebuah bank pembangunan Belanda yang telah menyokong kerja pengembangan syarikat.

Institusi Belanda yang menyokong pengukuhan stuktur tadbir urus koporat syarikat, telah menceburi pengeluaran bar coklat, minuman koko dan produk-produk yang lain.

Syarikat itu berharap akan dapat menambah 100 pekerja tambahan kepada 450 perkerja yang sedia ada apabila kilang tambahan itu mula beroperasi pada Disember.

“Saya fikir bahawa dari apa yang kita lihat di CIIE 2018, kita tidak boleh hanya menunggu untuk menyertai pameran perdagangan masa depan di China,” tambah Kangah kepada media. – Xinhua