Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluar auto China bantu industri kenderaan Thailand

    BANGKOK, 18 OKT – Kehadiran syarikat pengeluar automotif China di pasaran ASEAN akan membantu negara terbabit mewujudkan pemodenan rantaian perindustrian kenderaan.

    Demikian kata Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT) Suroj Sangsanit dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

    Setakat Julai tahun ini, terdapat tujuh pengeluar auto China termasuk BYD, Great Wall, Changan dan Chery yang membina kilang di Thailand.

    Dalam pada itu, jenama BYD menyiapkan kilang seluas hampir sejuta meter persegi di sebuah taman perindustrian di wilayah Rayong yang berjarak 185 kilometer dari Bangkok.

    Suroj menyifatkan hal itu sebagai peluang besar bagi ASEAN, membolehkan perusahaan berkenaan menguasai teknik penghasilan komponen kenderaan elektrik (EV) yang berteknologi tinggi.

    Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Thailand memperkenalkan siri dasar untuk memacu perkembangan industri EV supaya mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda