Pengeluar cip Korea Selatan terjejas akibat sekatan AS

SEOUL, 9 SEPT – Samsung Electronics Co. dan pembuat cip ingatan Korea Selatan yang lain turut akan terkesan dengan sekatan tambahan dikenakan Amerika Syarikat (AS)  ke atas syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei Technologies Co, memetik sumber industri hari ini.

Sekatan baharu yang akan mula berkuat kuasa pada Selasa depan itu, mewajibkan pembekalan semikonduktor oleh syarikat AS untuk Huawei perlu mendapat persetujuan Washington terlebih dahulu, lapor agensi berita Yonhap. Samsung Electronics, pembuat cip ingatan utama dunia, SK hynix Inc. dan kebanyakan pemain global lain hampir menghentikan penghantaran ke syarikat China minggu depan.

“Saya difahamkan Samsung Electronics akan menghentikan penghantaran cip untuk Huawei mulai Selasa depan, walaupun ada kemungkinan menjual produk itu setelah mendapat persetujuan AS,” kata seorang pemerhati industri. – Bernama