Pengeluar sirap mapel optimis ketika COVID-19

MONTREAL – Di bawah langit yang mempesonakan, dengan udara musim bunga mula menjengah, sirap mengalir di dusun berdekatan dengan kampung Saint-Alexis.

Dengan penukul kayu di tangan, dakap kaki dipasang dalam salji yang tebal, Simon Lanoue mengeluarkan tiub plastik pada satu pokok sagu demi satu untuk mengeluarkan sap, mencelah-celah sarang labah-labah yang banyak di dalam hutan.

Dengan cecair manis menitis turun dengan perlahan dari pokok-pokok, Lanoue mengalami kerugian apabila wilayah Quebec mengambil langkah-langkah untuk memperlahankan penularan wabak koronavirus.

“Bagi saya, ia adalah kerugian yang dianggarkan di antara $80,000 dan $100,000,” dia berkata.

Quebec telah mengarahkan kesemua penduduknya untuk berada di rumah kecuali mereka yang menjalankan tugas yang penting, menutup kedai-kedai makan dan mengehadkan perjalanan di dalam wilayah itu.

Pemilik gedung gula Constantin Gregoire, Denise Gregoire telah menutup kabin mereka dan terpaksa merehatkan 20 orang pekerjanya. – AFP
Wilayah Quebec merupakan pengeluar sirap mapel terbesar di dunia, menghasilkan lebih daripada 72,000 tan sirap, dengan 80 peratus darinya telah dieksport ke 60 buah luar negara. – AFP
Simon Lanoue, pengusaha sirap mapel di Quebec memberitahu dia mengalami kerugian yang dianggarkan di antara $80,000 dan $100,000 kerana wabak koronavirus. – AFP

Dewan makan yang boleh memuatkan 140 buah tempat duduk di gedung gula Osias Lanoue, yang terletak di kandang lama kira-kira 60 kilometer di Utara Montreal, kini seperti ditinggalkan.

Pada hujung minggu sekitar tahun ini, pengunjung biasanya akan keluar dan masuk silih berganti setiap dua jam.

Satu tradisi tahunan yang diadakan setiap hujung bulan April, penduduk Quebec dan pelawat akan berkumpul di teratak gula desa untuk mengadakan jamuan dengan menghidangkan sosej berempah, kacang panggang dan telur dadar – kesemuanya disaluti dengan sirap mapel yang keemasan.

Ia diakhiri dengan hidangan pencuci mulut mapel ‘taffy’, yang diperbuat daripada sirap panas tebal dicurah atas ais kisar dan digulung di batang aiskrim.

Lazimnya, ‘katering memperolehi 75 hingga 80 peratus’ pendapatan, tetapi tahun ini Lanoue perlu berpuas hati dengan jualan sirapnya, ‘yang tidak banyak membawa keuntungan’.

“Tetapi terdapat kabin yang mengalami kerugian lebih teruk daripada saya,” dia memberitahu.

Senario serupa turut berlaku di kampung berdekatan, Saint-Esprit, di gedung gula Constantin Gregoire.

“Ia selalunya penuh di mana-mana,” pemilik, Denise Gregoire berkata dalam dalam salah satu dari tiga buah dewan makannya, di mana tanduk moose digantung di atas pendiang api besar.

‘Pada 15 Mac, kami telah menutup kabin kami, dan kami tidak akan membukanya semula pada tahun ini, ia akan dibuka pada tahun hadapan,” kata Gregoire, yang terpaksa merehatkan 20 orang pekerjanya.

Walau bagaimanapun, Jacueline, seorang pembeli mahu datang untuk ‘membeli sirap mapel, seperti setiap tahun. “Kebiasaan kami datang akan makan di dalam kabin ini. Tetapi tahun ini, disebabkan oleh virus, ia adalah mustahil,” tambahnya.

Terdapat lebih daripada 200 kabin ‘komersial’ di wilayah Quebec, jelas Helene Normandin, jurucakap untuk Kesatuan Pengeluar Sirap Mapel Quebec.

“Ia adalah situasi malapetaka. Tahun ini, 2020, ia adalah tahun yang merugikan (bagi pemilik),” katanya.

Tetapi wabak COVID-19 atau tidak, pengeluaran sirap tetap diteruskan, industri tersebut dianggap ‘penting’ oleh kerajaan wilayah.

Kanada menghasilkan 92 peratus sirap mapel di dunia, yang sebahagian besarnya di hasilkan di Quebec (72 peratus), dengan selebihnya didatangkan di sempadan Amerika Syarikat.

Quebec memiliki lebih dari 11,000 pengeluar yang dikumpulkan menjadi 7,400 syarikat, yang mana menyumbangkan CAD$600 juta kepada ekonomi setempat, menyokong kira-kira 10,500 pekerjaan tetap.

Quebec mencatatkan rekod tahun lalu, menghasilkan lebih 72,000 tan sirap, dengan 80 peratus darinya telah dieksport ke 60 buah luar negara. Amerika Syarikat, Jerman dan Britain merupakan pembeli utama.

Musim ini menjanjikan untuk sesuatu yang ‘normal,’ menurut Normandin, yang merasakan peningkatan yang tinggi sedikit berbanding penghasilan biasa.

“Saya rasa kita akan mendapat tahun yang bagus, dan sirap kembali hebat,” Lanoue berkata.

Dan tidak kekurangan bekalan yang telah dijangkakan, dengan kesatuan mengekalkan rizab strategik ‘cecair emas’ untuk memastikan kestabilan harga: lebih dari 45,000 tan sirap yang disimpan di dalam tong dalam gedung yang dikunci sebesar lima buah padang bola sepak. – AFP