Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran bom WWII: Lebih 2,000 dipindahkan

    WARSAW, Poland, 9 Ogos – Polis Poland berkata mereka memindahkan lebih daripada 2,000 orang selepas penemuan bom era Perang Dunia II (WWII) yang tidak meletup dengan berat sekitar 250 kilogram.

    Bom itu ditemui di Sungai Oder di bandar Glogow, sebuah kawasan di barat daya Poland yang merupakan sebahagian daripada kawasan Jerman semasa perang.

    Lukasz Szulikowski, seorang pegawai polis Glogow, memberitahu agensi berita PAP bahawa pihak berkuasa sedang mengosongkan kira-kira 2,000 hingga 3,000 orang di kawasan itu dengan menggunakan bas sekolah sebelum mengeluarkan bom yang ditemui itu.

    Dia berkata bom itu ditemui semasa membersihkan bahagian sungai. Penyiar swasta TVN24 melaporkan bahawa ia adalah bom era Perang Dunia ke-II yang terdapat di rantau ini sepanjang tahun lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda