Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 36.7 peratus

    KUALA LUMPUR, 10 FEB – Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 36.7 peratus kepada 41,690 tan pada Disember 2021 daripada 30,493 tan yang dicatatkan pada November 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perbandingan tahunan pula menunjukkan pengeluaran susut 16.3 peratus daripada 49,825 tan yang direkodkan pada Disember 2020.

    “Pengeluaran getah asli Malaysia pada Disember 2021 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil pada 91 peratus manakala sektor estet sebanyak 9.0 peratus,” katanya dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan Malaysia Disember 2021 yang dikeluarkan pada Khamis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...