Pengeluaran minyak Dakota Utara merosot ke tangga ketiga

DAKOTA, 19 SEPT – Badan pengawal selia Dakota Utara berkata kerajaan telah kehilangan statusnya sebagai pengeluar minyak kedua terbesar negara kepada New Mexico.

Dakota Utara menghasilkan lebih satu juta tong minyak sehari pada Julai, bulan terbaharu di mana data diperoleh daripada Divisyen Minyak dan Gas. Pengeluaran Julai menandakan 56,000 tong sehari atau kemerosotan 5 peratus daripada Jun, lapor Bismark Tribune.

Texas terus memimpin negara dalam pengeluaran minyak. Lembangan Permian merentasi sebahagian daripada New Mexico dan Texas, dan ia merupakan persaingan terbesar untuk padang minyak Bakken di Dakota Utara. Kawasan pengeluaran minyak selatan adalah lebih dekar dengan kilang penapis utama dan terminal eksport, dan ia menarik usaha mencari gali dan pelaburan yang besar dalam industri minyak dan gas.

Dakota Utara menduduki tempat kedua di belakang Texas dalam pengeluaran minyak selama sembilan tahun. Ia kehilangan status itu kepada New Mexico pada Julai. Kedua-dua negeri telah bersaing sengit selama beberapa bulan.

New Mexico mempunyai 82 pelantar menggerudi, jauh lebih banyak daripada 27 yang beroperasi di Dakota Utara.– AP