Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran pasport di Brazil beroperasi semula

    BRASILIA, 20 Julai – Presiden Brazil Michel Temer pada Rabu menandatangani peruntukan bernilai US$32 juta, bagi membolehkan perkhidmatan pengeluaran pasport baharu yang dibekukan sebelum ini dibuka semula. Menerusi peruntukan itu, kerajaan berharap pasport baharu dapat dicetak semula oleh pihak polis persekutuan paling awal pada Jumaat.

    Perkhidmatan berkenaan dibekukan pada 27 Jun, sehari sebelum cuti sekolah bermula disebabkan kekurangan dana.

    Keadaan itu, menyebabkan berlakunya krisis kerana kira-kira 11,000 pasport dikeluarkan sehari di Brazil.

    Tahun lepas, belanjawan persekutuan memperuntukkan US$182 juta untuk perkhidmatan pengeluaran pasport namun dana dikatakan tidak digunakan sewajarnya. Polis persekutuan yang bertanggungjawab mengawal selia pengeluaran pasport juga gagal menjelaskan ke mana dana itu digunakan.

    Bagi memiliki pasport, rakyat Brazil perlu membayar 257.25 reais (US$81) dan tempoh menunggu ialah enam hari bekerja. Selain itu, jabatan polis turut mengeluh kerana pemotongan peruntukan menyaksikan perkhidmatan polis lebuh raya terpaksa dikurangkan dan perkhidmatan lain juga terjejas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda