Pengeluaran perindustrian Jerman terus menurun

FRANKFURT, 9 APRIL – Pengeluaran perindustrian Jerman menurun untuk bulan kedua berturut-turut pada Februari selepas mencatatkan kenaikan selama lapan bulan, ketika kesan ekonomi akibat wabak koronavirus mula menjejaskan ekonomi negara itu, data rasmi menunjukkan hari ini.

Penganalisis mengatakan data tersebut menimbulkan keraguan baharu mengenai kesihatan ekonomi utama Eropah selepas kembali pulih dengan kukuh akibat penurunan jangkitan daripada wabak awal tahun lalu.

Agensi perangkaan persekutuan Destatis mengatakan pengeluaran perindustrian menurun 1.6 peratus pada bulan Februari setelah turun 2.0 peratus pada bulan sebelumnya, menurut data yang diperbetulkan.

Bagaimanapun, penganalisis daripada Factset dan Bloomberg meramalkan pengiraan kenaikan 1.5 peratus.

Eksport meningkat 0.9 peratus bulan ke bulan sementara import meningkat 3.6 peratus. Angka pengeluaran industri telah mencatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan, kata ahli ekonomi Jens-Oliver Niklasch dari bank LBBW. – AFP

Pengeluaran perindustrian Jerman menurun untuk bulan kedua berturut-turut pada Februari selepas mencatatkan kenaikan selama lapan bulan. – AFP