Pengeluaran plastik global berkurang

PARIS, 10 JUN – Pengeluaran plastik global merosot ketara pada 2020 disebabkan kemelesetan ekonomi akibat pandemik koronavirus, kali ketiga sejak Perang Dunia Kedua yang pengeluarannya telah menurun, kata badan industri hari ini.

Sebelum permulaan abad ke-20, pengeluaran plastik menurun disebabkan krisis minyak pada 1973 dan krisis kewangan pada 2008.

Namun tahun lalu, pengeluaran seluruh dunia jatuh 367 juta tan dari 368 juta pada 2019, merosot 0.3 peratus, kata ketua persekutuan industri Eropah, PlasticsEurope, Eric Quenet memberitahu sidang berita.

Dia menyifatkan penurunan itu disebabkan ‘impak COVID-19 ke atas ekonomi global’, namun sektor itu mengalami pengecutan keseluruhan 3.3 peratus dalam ekonomi global tahun lalu menurut perkiraan IMF.

Sementara itu terdapat jangkaan pertambahan penggunaan plastik perubatan akibat pandemik sekitar 1.5 hingga 2 peratus jumlah padu, petik Quenet. – AFP