Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Pengemaskinian kerjasama halal serantau dibincangkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Makanan Halal telah diadakan bagi kali ke-19 secara maya melalui persidangan video khas di Bilik Mesyuarat, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama).

    Mesyuarat yang diadakan pada tahun ini dipengerusikan oleh Negara Republik Demokratik Rakyat Laos dan perwakilan Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Pengarah Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Suhaimi bin Haji Gemok.

    Turut hadir ke persidangan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa serta MABIMS, KHEU.

    Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai perkembangan pelaksanaan pelan-pelan tindakan bagi kerjasama ASEAN dalam makanan halal yang memfokuskan mengenai pengemaskinian kerjasama halal serantau di bawah MABIMS, BIMP-EAGA dan IMT-GT.

    Selain itu, ia turut membincangkan tentang perkembangan dalam pelaksanaan pelan tindakan bagi kerjasama ASEAN dalam makanan halal (2017-2020), penubuhan lembaga autoriti halal antarabangsa dan perbincangan dengan rakan-rakan luar.

    Sebelum itu, satu bengkel juga telah diadakan kelmarin bagi meneliti garis panduan makanan halal negara ASEAN di Bilik Mesyuarat, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bangunan Lama KHEU.

    Bengkel tersebut merupakan kesinambungan daripada Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Makanan Halal kali ke-18.

    Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Makanan Halal ditubuhkan bagi memudah cara keseragaman piawaian Halal terutamanya di serantau ASEAN untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan halal yang diyakini dan terjamin di samping memastikan masyarakat Islam berasa selamat dalam pemakanan produk halal.

    Haji Suhaimi semasa menghadiri mesyuarat tersebut secara maya di Bilik Mesyuarat, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama). – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea U ikrar tindak balas tegas terhadap laporan Pentagon

    SEOUL, 4 OKT - Korea Utara mengecam Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan Pentagon, baru-baru ini yang menggelarkannya sebagai ancaman berterusan kerana senjata pemusnah besar-besaran...