Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pengembara bervaksin dikecualikan ujian COVID-19

    PARIS, 8 FEB – Perancis tidak lama lagi akan membatalkan syarat-syarat ujian COVID-19 negatif untuk pengembara yang sudah lengkap vaksinasi dari luar Kesatuan Eropah, tatkala jumlah jangkitan harian terus berkurangan, kata Menteri Eropah, Clement Beaune hari ini.

    “Kami sekali lagi mewajibkan ujian pada Disember untuk varian Omicron. Pada hari-hari akan datang, kami akan mengumumkan bahawa ujian tidak lagi diperlukan untuk orang yang sudah bervaksin,” beritahu Beaune kepada televisyen France 2.

    Buat masa sekarang, sesiapa yang datang dari luar EU, termasuk Britain, perlu menunjukkan keputusan ujian negatif dalam tempoh 48 jam lalu, tanpa mengira status vaksinasi.

    “Minggu ini, mungkin terdapatnya protokol Eropah baharu untuk orang yang sudah bervaksin yang tiba dari luar EU, dengan langkah yang lebih longgar,” tambah beliau.

    Anggota EU bersetuju pada 25 Januari untuk menyelaras peraturan perjalanan mereka, terutamanya untuk orang yang menyeberangi sempadan dalam blok.

    Peningkatan Omicron mendo-rong Itali dan Denmark, misalnya untuk mengenakan syarat-syarat ujian negatif untuk kemasukan penduduk EU serta bukti vaksinasi, pengetatan peraturan yang menimbulkan kemarahan pegawai di Brussels. Pihak berkuasa Perancis mula membatalkan beberapa siri sekatan pada bulan ini, dengan kelab malam dijangka dibuka semula mulai 16 Februari dan kawasan sekali lagi dibenarkan untuk menganjur konsert dan acara sukan serta bar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...