Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pengembara buat ujian ART sendiri

    Oleh Syahmi Hassan & Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Bermula hari ini, ujian ART akan dilakukan sendiri oleh penumpang yang tiba di Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei apabila sampai di rumah atau hotel masing-masing.

    “Setiap penumpang akan diberikan tiga kit ART semasa ketibaan iaitu untuk digunakan pada hari ketibaan, hari kedua dan hari ketiga dengan keputusan setiap ujian ART tersebut hendaklah dimuat naik ke aplikasi BruHealth,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, warna kod BruHealth bagi setiap penumpang yang baru tiba di negara ini akan berubah kepada merah secara automatik.

    “Walau bagaimanapun, penumpang yang memuat naik keputusan ujian ART negatif akan diberikan day pass bagi hari berkenaan melalui aplikasi BruHealth masing-masing yang membolehkan mereka untuk memasuki mana-mana premis di negara ini,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato juga mengingatkan tindakan akan dikenakan kepada mereka yang gagal membuat ujian ART pada hari pertama hingga ketiga dan jika didapati pada hari keempat, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Bab 62(A) Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

    Beliau seterusnya menjelaskan, disebabkan ramai sudah penduduk negara ini yang keluar negara dan banyak penerbangan dibuka di negara ini sehingga mencapai ribuan orang dalam satu masa, ia telah menyebabkan kelewatan sehingga terpaksa menunggu dua hingga tiga jam.

    Sehubungan itu pihak Kementerian Kesihatan berpendapat yang penumpang berkenaan boleh membuat ART di kediaman masing-masing memandangkan mereka telah membuat ART dan PCR sebelum masuk ke negara ini.

    Yang Berhormat Dato turut menegaskan, jika mereka tidak membuat ART di rumah, kod mereka akan sentiasa berwarna merah dan ini akan menyukarkan mereka untuk membuat imbasan keluar dan masuk ke mana-mana tempat berbanding yang membuat ART.

    “Orang ramai diingatkan untuk memberi kerjasama untuk memudahkan segala proses pengawalan di samping menjaga SOP untuk memastikan penularan ini terkawal,” tegasnya.

    Sebelumnya, pada 6 Mei para penumpang yang tiba di Negara Brunei Darussalam menggunakan laluan udara telah diarahkan untuk melakukan ujian SARS-CoV-2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...