Pengembara dari Iran dikuarantin bersendirian

OTTAWA, 3 MAC – Kanada kelmarin meminta para pengembara yang datang dari Iran – antara negara yang paling teruk terjejas oleh COVID-19-untuk membuat pengasingan secara bersendirian dalam rumah selama 14 hari, walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala.

Pihak berkuasa kesihatan berkata Kanada ingin mengelak pengembara untuk pergi ke Iran tanpa urusan penting ke Iran atau bahagian Utara Itali, di mana kedua-dua tempat tersebut merupakan kawasan utama yang teruk dijangkiti.

Kegagalan radang paru-paru telah menyebabkan 66 orang telah terbunuh di Iran manakala 1,500 orang disahkan telah dijangkiti.

Kebanyakan kes yang terjadi di Kanada mempunyai hubungan dengan penularan di Iran, menurut ketua pegawai perubatan Kanada, Theresa Tam memberitahu wartawan.

Setakat Isnin lalu, sebanyak 27 kes jangkitan COVID-19 telah disahkan di Kanada. – AFP