Pengembara di Nepal berdepan kesukaran

KATHMANDU, 19 APRIL – Terperangkap di Kathmandu, kehabisan wang tunai dan tanpa jalan untuk pulang, Alexander Sys merupakan salah seorang daripada beratus-ratus pendaki yang mengembara di Nepal tersekat untuk pulang akibat perintah berkurung.

Penduduk Rusia adalah antara warga asing selain Eropah dan China yang terkejut ketika mengetahui skala wabak koronavirus setelah di-selamatkan dari perjalanan mereka di Himalaya.

“Buat masa ini kami tidak apa-apa, tetapi kami tidak tahu berapa lama harus menunggu penerbangan kami,” kata Sys, yang berada di wilayah Annapurna ketika Nepal melakukan perintah berkurung pada 24 Mac.

“Kadang-kadang saya panik dan tertanya-tanya apa yang berlaku,” tambah Aleksandra Terandjaka dari Latvia. “Penerbangan pulang ke Rusia dijadualkan pada 29 Mac.”

“Sejak itu kami terus menunggu penerbangan kami,” katanya. – AFP