Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pengembara Malaysia sudah dibenarkan masuki Filipina

    PUTRAJAYA, 15 FEB – Pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

    Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan ini berikutan kata sepakat yang dicapai antara kerajaan Malaysia dan Filipina kelmarin untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.

    Selain itu pengembara dari Filipina turut dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH.

    “Kemasukan pengembara juga tertakluk kepada prosedur kuarantin semasa yang ditetapkan pihak berkuasa kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

    Persetujuan tersebut juga membolehkan Kedutaan Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino pada Ahad lepas untuk memasuki Filipina atas tujuan rasmi dan perniagaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...